Sold
out

Fortune Pineapple Tarts (Individually Packed)

RM48.00 RM480.00
20 people are viewing this right now
Clear
N/A
payment-method (Custom)-2
Payment Method Available

🍍福 Pineapple Tarts
(8pcs · Chinese New Year 2026 Limited Edition)
Bringing blessings home, one meaningful bite at a time.

The Swee Bee 福 Pineapple Tart is a celebration of reunion, gratitude, and well-wishing — thoughtfully created for Chinese New Year, a time when families return home, and blessings are shared across generations.

Each tart is crafted in a square shape, symbolising stability and journeys from all four directions — North, South, East, and West. It reflects how we may travel far for work and life, yet always find our way home for the New Year. At the heart of every tart is the Chinese character “福” (Fu), representing blessings, good fortune, and the hope of bringing goodness back to the family.

Inside each box are eight tarts, a number long associated with prosperity and abundance in Chinese culture. Together, the square form, the central 福, and the number eight carry a single message: May blessings arrive, remain, and grow year after year.

For the 2026 Chinese New Year edition, the packaging is designed with a distinctly Malaysian spirit. With Chinese New Year and Hari Raya falling just a month apart, this box embraces a shared cultural language — one that feels welcoming and appropriate across communities, rather than leaning into an overly traditional Chinese aesthetic.

The design features a harmonious blend of floral motifs, each chosen with intention.
The Hibiscus, Malaysia’s national flower, anchors the box in national identity.
The Peony represents prosperity and blessings in Chinese culture.
The Orchid, admired across Malay and Indian communities, symbolises elegance, harmony, and resilience.
Interwoven among them is the pineapple, representing Swee Bee’s signature tart and the joy of festive sharing.

Subtle hints of Baba Nyonya influence and batik-inspired patterns further ground the design in local heritage, creating a festive box that feels warm, inclusive, and unmistakably Malaysian. This is a Chinese New Year gift designed not only to be received, but to be welcomed in every home.

Inside the box, we share the stories and customs of Chinese New Year — from reunion dinners and spring cleaning, to pasting festive couplets, giving ang pow, enjoying traditional treats, lion dances, and exchanging heartfelt greetings. These traditions remind us that Chinese New Year is not just about celebration, but about letting go of the old, welcoming the new, and reconnecting with family.

More than a festive delicacy, the 福 Pineapple Tart is a gesture – a way of saying thank you, welcome home, and I wish you well.

This 8-piece 福 Edition is ideal for:

  • family reunions and New Year visits

  • meaningful gifts for parents and elders

  • thoughtful corporate gifting

  • sharing blessings with friends, clients, and partners

Recognised by the Malaysia Book of Records as Malaysia’s First Square Pineapple Tart, this signature creation carries not only taste, but heritage, symbolism, and heart.

🍍 福 Pineapple Tarts
(8pcs · Edisi Terhad Tahun Baharu Cina 2026)
Membawa pulang keberkatan, dalam setiap gigitan yang bermakna.

Swee Bee 福 Pineapple Tart dicipta sebagai simbol penyatuan, kesyukuran dan doa yang baik — khas untuk Tahun Baharu Cina, saat di mana ahli keluarga pulang ke pangkuan rumah dan keberkatan dikongsi bersama.

Setiap tart dibentuk dalam bentuk segi empat, melambangkan kestabilan serta perjalanan dari empat penjuru — Utara, Selatan, Timur dan Barat. Ia mencerminkan perjalanan hidup kita yang mungkin membawa kita jauh, namun setiap Tahun Baharu, kita kembali ke rumah. Di tengah-tengah setiap tart tertera aksara “福” (Fu), yang membawa makna keberkatan, tuah dan harapan agar kebaikan sentiasa dibawa pulang kepada keluarga.

Di dalam setiap kotak terdapat lapan biji tart, angka yang melambangkan kemakmuran dan kelimpahan dalam budaya Cina. Gabungan bentuk segi empat, simbol 福 dan angka lapan membawa satu mesej yang sama —
keberkatan yang datang, kekal dan berterusan dari tahun ke tahun.

Untuk edisi Tahun Baharu Cina 2026, rekaan kotak ini dihasilkan dengan jiwa Malaysia yang inklusif. Dengan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya hanya dipisahkan oleh selang masa sebulan, Swee Bee memilih pendekatan reka bentuk yang boleh diterima dan diraikan oleh semua — bukan terlalu berciri satu budaya, tetapi mencerminkan keharmonian masyarakat Malaysia.

Kotak ini dihiasi dengan gabungan motif bunga yang dipilih dengan penuh makna.
Bunga Raya (Hibiscus), bunga kebangsaan Malaysia, melambangkan identiti nasional.
Bunga Peony mewakili kemakmuran dan keberkatan dalam budaya Cina.
Orkid, yang dihargai dalam komuniti Melayu dan India, melambangkan keanggunan, keharmonian dan ketahanan.
Diserikan bersama imej nanas, ia melambangkan tart ikonik Swee Bee dan kegembiraan berkongsi rezeki semasa musim perayaan.

Gabungan elemen ini melambangkan kesatuan budaya, disokong dengan sentuhan Baba Nyonya dan corak berinspirasikan batik, menjadikan rekaan ini mesra, inklusif dan jelas berjiwa Malaysia. Ia adalah hadiah Tahun Baharu Cina yang bukan sahaja indah dipandang, tetapi disambut dengan rasa selesa di setiap rumah.

Di bahagian dalam kotak, kami berkongsi kisah dan adat Tahun Baharu Cina — daripada makan besar, membersihkan rumah, menampal kata-kata perangsang, memberi angpau, menikmati juadah perayaan, hingga tarian singa dan ucapan penuh doa. Tradisi ini mengingatkan kita bahawa Tahun Baharu Cina bukan sekadar sambutan, tetapi masa untuk meninggalkan yang lama, menyambut yang baharu, dan mengeratkan hubungan keluarga.

Lebih daripada sekadar kuih perayaan, 福 Pineapple Tart ialah satu isyarat hati —
tanda terima kasih, ucapan selamat pulang, dan doa agar kehidupan dipenuhi keberkatan.

Edisi 福 8 keping ini sesuai untuk:

  • perjumpaan keluarga dan kunjungan Tahun Baharu

  • hadiah penuh makna kepada ibu bapa dan warga emas

  • hadiah korporat yang bererti

  • berkongsi keberkatan bersama rakan niaga dan sahabat

Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Tart Nanas Segi Empat Pertama di Malaysia, ciptaan istimewa ini membawa bukan sahaja rasa, tetapi warisan, simbolik dan jiwa.

Lapan biji tart.
Satu rumah penuh keberkatan.
Tradisi membawa pulang .

Ingredients: Pineapple, Wheat Flour, Butter, Sugar, Eggs, Milk

Ramuan: Nanas, Tepung Gandum, Mentega, Gula, Telur, Susu

Contains gluten and eggs. Produced in a facility that also processes products containing peanut and sesame.

Individual pack / pek individu – 8 pcs / 8 keping
Net.Wt./ Berat Bersih/净含量:360g
Box Size – 32cm(L) x 15.5cm(W) x 5cm(H)
Halal Certified / Disahkan Halal oleh Jakim

Souvenir / Gift Blessings 优质伴手礼
Mom’s Recipe 妈妈的秘方
Nostalgic Taste 传统的味道

Delivery & Pickup Information

Self Pickup
* Please get in touch with our Customer Service team at +6012-3247867 to confirm your pickup arrangement.

Courier Delivery (Standard)
* Orders received before 10:00 AM (Monday–Thursday) will be processed for courier pickup on the same day.
* Orders received after 10:00 AM (Monday–Thursday) will be processed for pickup on the following working day.
* Orders received after 10:00 AM on Friday will be processed for pickup on Monday.
* Estimated delivery time: 2–3 working days, excluding peak festive periods.

Same-Day Delivery
* Don't hesitate to get in touch with our Customer Service team to check availability and delivery charges based on distance

Related products